Sikap Mempengaruhi Kejayaan Hidup Kita



Sikap kita memainkan peranan yang amat penting untuk berjaya. Berdasarkan hasil kajian terhadap golongan yang berjaya, 85% kejayaan yang dimiliki oleh individu yang berjaya adalah dipengaruhi oleh sikap, manakala baki 15% lagi adalah dari segi kepakaran atau teknikal.Jadi sikap yang positif benar-benar memainkan peranan yang positif untuk berjaya.

Orang yang berjaya di luar sana sebenarnya bukanlah 100 kali lebih bijak atau 1000 kali lebih bernasib baik daripada kita, tetapi mereka mempunyai 1 sahaja kelebihan iaitu bersikap positif. Bercakap soal positif ini, kita selalu ingat bahawa untuk berjaya mesti berfikiran positif. Maka dengan itu kita cuba memikirkan semua urusan secara positif. Malangnya, semakin difikir secara positif semakin banyak unsur negatif yang hadir. Di manakah silapnya? Menurut kata pakar motivasi sebut perkataan yang positif setiap hari, ulangi kata-kata positif setiap waktu, lakukan pekerjaan dengan cara yang positif. Namun ianya tidaklah semudah yang diucap. Bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan sikap positif ini?   

1. Berfikiran Positif Bukan Lakonan.


Berfikiran positif, bersikap positif berlagak positif bukan boleh dilakonkan. Ia perlu lahir daripada pemahaman yang betul terhadap keupayaan dan kehebatan minda. Tiada gunanya berfikir secara positif tetapi jauh di sudut hati masih ada rasa takut, tidak percaya, tidak yakin, buntu, malas, risau, gelisah, gundah, kecewa dan sebagainya. Sekiranya perasaan ini masih timbul jauh di sudut hati, walaubagaimana kita paksa sekali pun, pemikiran positif itu tidak mampu hadir. Mungkin kita boleh rasakan tetapi begitu sekejap ia datang dan selebihnya kita masih diselimuti rasa negatif.

2. Kepentingan Sikap Yakin Diri.
Para pembaca budiman, untuk berjaya, kita harus memiliki sikap untuk berjaya. Kita mesti yakin dengan diri kita. Kita mesti percaya dengan diri kita. Bayangkan andainya kita sendiri tidak mempercayai diri kita, nah, bagaimana kita hendak mendapatkan kepercayaan orang lain. Pelik bukan. Tuan punya diri tidak percaya pada dirinya, tetapi mengharapkan agar orang lain memberi kepercayaan kepada dia. Jadi percaya diri adalah sikap yang paling utama harus dipupuk agar kita mampu menadapatkan kepercayaan orang lain. Ia penting dalam perniagaan. Seterusnya sikap yang kita perlu ada atau pupuk adalah sikap tidak putus asa.


3. Istiqamah dan Tidak Putus Asa
…  janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah… (al-Zumar: 53)
Setelah kita mempercayai diri kita, kita perlu teruskan usaha tanpa ada rasa kecewa atau putus asa. Untuk berjaya, istiqamah amat penting. Sayang seribu kali sayang, ramai diantara kita yang terlalu rakus dalam mengejar kekayaan. Kekayaan tidak datang dalam sekelip mata dan ia tidak akan hadir tanpa usaha. Kekayaan segera hanyalah bersifat sementara waktu. Pembaca mungkin tidak berapa setuju dengan kenyataan yang saya buat ini. Tetapi percayalah kajian membuktikan kekayaan yang hadir dalam sekelip mata akan musnah dalam sekelip mata juga.

Usaha yang berterusan akan mempastikan kejayaan yang berkekalan. Percayalah kejayaan seperti ini akan melahirkan rasa kepuasan dan keberkatan yang lebih kepada kita. Fokus pada kerja dan seterusnya lakukan yang terbaik tanpa alasan. Tingkatkan mutu kerja hari demi hari sehingga pada suatu ketika nanti apabila kita sedari kita telah pun berada di puncak kejayaan dan kekayaan. Ketika ini rasa kepuasan dan kesyukuran yang tiada terhingga sahaja yang mampu kita panjatkan pada Illahi.


4. Suka Beralasan
Selain daripada itu, sikap suka memberi alasan juga bakal menutup potensi diri kita. Untuk berjaya kita sepatutnya tidak boleh memberi apa-apa alasan kecuali berusaha. Percayalah sekiranya alasan yang kita bina itu lebih kuat daripada kehendak untuk berjaya, maka kejayaan masih jauh daripada kita. Hari ini pelbagai cara manusia boleh mencipta kekayaan. Kiosk yang menjual selipar yang kita lihat di gedung pasaraya di sekitar kita itu mampu memberi pulangan yang lumayan setimpal dengan gaji seorang ‘senior manager’ kepada pemiliknya. Apa yang pemiliknya perlu buat hanyalah berusaha dengan memastikan bahawa kedainya sentiasa terbuka. Begitu juga dengan pendapatan seorang peniaga burger tepi jalan yang saya kenali, mampu membawa pulang pendapatan bersih antara RM5,000 hingga RM12,000 sebulan. Kunci kejayaannya juga adalah memastikan perniagaan burgernya sentiasa dibuka.


5. Suka Pada Kerja
Satu lagi sikap yang tidak kurang penting bagi memastikan kejayaan adalah sikap suka pada kerja. Ramai diantara kita yang mempunyai pemahaman bila mereka bosan untuk bekerja makan gaji mereka mengambil keputusan untuk berniaga. Tahukah anda untuk berjaya sebenarnya anda mesti suka kepada bekerja. Bila kita ceburkan diri dalam bidang perniagaan budaya kerja yang cemerlang itu kita hanya perlu pindahkan kepada perusahaan kita. Barulah kita akan dapat mecetuskan momentum dan seterusnya menghasilkan produktiviti untuk syarikat kita. Jangan salah faham, dengan ideologi, “kami menceburi bidang perniagaan kerana dah bosan kerja, jadi kami ingin berniaga”. Walaupun kita bekerja sendiri tetapi kita perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan perniagaan kita.

Lihatlah senario yang saya kongsikan di atas, untuk berjaya seseorang itu hanya perlu mengubah sikapnya terlebih dahulu. Aduhai, adakalanya senak jiwa saya bila memikirkan sikap bangsa yang terlalu banyak memberi alasan dan terlalu banyak bercakap perkara yang tiada mendatangkan faedah. Pada mereka hanya pendapat mereka sahajalah yang betul, semua orang lain salah. Namun apa yang mereka buat untuk kemajuan diri? Kehidupan mereka semakin terhimpit dan kesalahan masih terletak dibahu orang lain. Manusia begini hanya akan kecewa dengan kehidupan mereka ketika tiba hari tua.

Hari ini untuk menjadi kaya bukanlah satu mimpi indah di siang hari lagi, tetapi ianya sudah mampu di miliki oleh sesiapa sahaja. Anak muda yang mempunyai kesedaran mampu memandu BMW 5 series dalam usia 28 tahun, dengan berpendapatan RM30,000.00 sebulan. Surirumah juga hari ini mampu meraih pendapatan RM7,000–8,000.00 sebulan. Peniaga burger mampu memiliki pendapatan RM12,000.00 sebulan, dan kita hanya melihat sambil berkata, “ish ish ish, bilalah aku nak dapat pendapatan macam tu”, tanpa mahu menukar sikap kita. Kini sudah tiba masanya untuk kita bangun dan menjadi bangsa yang berjaya. Ubahlah pemikiran kita dengan mengubah sikap kita, kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.


Mutiara Kata dari Khalifah Ali Bin Abi Talib:
“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”
Read More

Tips Temuduga Terbaik : Tunjukkan Kewibawaan Anda


Apakah cara terbaik untuk mempamerkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa temuduga?
  • Mesra dan sentiasa tersenyum
Apakah cara terbaik mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga?
  • Tegas dan suara yang kuat
Terangkan mengenai diri anda.
  • Jangan ceritakan mengenai diri / kehidupan seharian anda
  • Berikan ringkasan mengenai latar belakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan lalu adalah sangat membantu dengan permohonan pekerjaan anda.
Apakah kekuatan / kelebihan anda?
  • Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.
Apakah kelemahan anda?  Pilihan untuk menjawab soalan sebegini (jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus atau positif)
  • Saya kadang kala kurang sabar, tetapi ia membuatkan saya bekerja dengan lebih baik.
  • Bila saya memulakan sesuatu projek atau tugasan baru, kadang kala saya lupa makan tengah hari.
  • Disebabkan saya adalah seorang yang sukakan kesempurnaan, kadang kala ia sukar kerana saya rasakan orang lain tidak dapat memberikan yang terbaik seperti mana diri saya.
Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitan dengan pekerjaan anda itu.
  • Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya.
  • Yakinkan penemu duga bahawa tiada kelemahan yang tidak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut.
  • Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurangan / kelemahan, anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.
Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda bekerja?
  • Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti yang lain yang boleh anda lakukan.
Read More

5 Langkah Mudah Membina Mesin Buat Duit Di Internet


Dalam berita tadi ada menyatakan kadar pembelian online di Malaysia telah meningkat. Rata-rata orang membelanjakan RM2600 setahun untuk membeli secara online termasuk pembayaran bil-bil. Jadi peluang untuk anda memulakan bisnes internet semakin tinggi potensinya.
Namun sebelum anda memulakannya terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil kira untuk membangunkan perniagaan internet agar menjadi Mesin Buat Duit anda di internet. Ia dapat memaksimakan keuntungan dan kejayaan perniagaan internet anda.
  1. Target Market Yang Betul
    Anda mestilah mensasarkan pada sasaran yang betul untuk memasarkan produk anda. Jangan main redah atau ikut apa yang orang cakap. Buat kajian terperinci tentang pasaran yang sesuai dengan produk anda. Jika anda mensasarkan golongan berkeluarga, wanita, lelaki dan sebagainya, pastikan pemasaran difokuskan kepada sasaran pelangan anda sahaja. Pastikan juga pasaran anda adalah mereka yang berduit. Jangan pulak sasarkan budak budak yang baru lepas SPM untuk beli produk anda. Mereka tak berduit la bang ooi…
  2. Jual Apa Yang Mereka Nak Beli
    Ia merupakan strategi yang cukup mudah. Anda tawarkan apa yang mereka nak beli. Mereka ada duit dan sedia nak beli. Anda tawarkan sahaja, pasti jualan anda melambung tinggi. Anda boleh buat poll atau kaji selidik untuk membantu anda menentukan produk yang dikehendaki oleh pelanggan sasaran anda.
  3. Laman Web Yang Power
    Laman web anda adalah jurujual anda. Pastikan laman web anda mesra pengguna dan mudah dilayari disamping mempunyai surat jualan yang power. Jika tidak ada kemahiran menulis surat jualan, serahkannya kepada yang pakar dalam penulisan surat jualan. Tunjukkan bahawa produk anda mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Tawarkan produk sebaik mungkin sehingga mereka berat hati untuk meninggalkan laman web anda sebelum mereka membeli produk anda.
  4. Tarik Sebanyak Mungkin Pelawat ke Laman Web Anda
    Tanpa pelawat. Jualan tidak akan berlaku. Anda mestilah menarik sebanyak mungkin pelawat terus ke laman web anda. Gunakan kaedah pemasaran yang anda tahu – join venture, affiliate, forum marketing, seo dan sebagainya untuk menarik pelawat ke laman web jualan anda. Jika gagal, ubah laman web anda agar lebih power. Gunakan khidmat pakar jika perlu.
  5. Tawarkan Back End Offer
    Anda boleh gunakan kaedah up sell dan down sell untuk menarik minat pelawat anda. Biasanya ramai yang menawarkan up sell untuk meningkatkan jualan mereka. Contohnya menawarkan produk pada harga RM20, kemudian ada tawaran yang power untuk membuatkan pelawat anda semakin “bernafsu” untuk membeli daripada anda dengan harga yang lebih tinggi.

Ha…itulah strategi yang digunakan oleh top IM di dunia dan di Malaysia sekalipun. Mereka bukannya membangunkan produk sembarangan. Mereka membuat analisa pasaran terlebih dahulu. Ia termasuklah strategi untuk memasarkan produk mereka dengan cara yang terbaik.
Anda boleh mengaplikasikan langkah ini untuk membantu anda mencipa mesin  duit yang tidak terhingga di internet. Anda mungkin bersusah susah sekali sahaja. Kemudian, nikmatilah pendapatan yang berterusan daripadanya.
Read More

World Blogger and Social Media Summit 15 jun 2011



KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Satu persidangan blogger sedunia akan diadakan di sini bulan depan yang mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang penulis blog dijemput untuk menyampaikan ucaptama.

World Blogger and Social Media Summit 2011 itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari mulai 15 Jun.

Kemunculan Dr Mahathir adalah antara agenda utama yang disusun pada perhimpunan bloger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lepas.

Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (My Events) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Shahrul Hameed Dawood berkata acara tersebut juga akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelakkan berlaku kontroversi.

Beliau berkata perkara itu diberi penekanan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penulis blog adalah bebas menyuarakan pandangan masing-masing tetapi perlu ada garisan yang mengawal kebebasan itu agar ia tidak melampaui batas.

“Kita juga akan membantu penulis blog muda dalam mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

“Kita sudah menerima banyak permohonan dari pelbagai negara untuk menyertai perhimpunan kali ini dan kita menjangkakan penulis blog dari hampir seluruh dunia akan hadir,” kata Shahrul Hameed.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes turut diundang untuk menyampaikan ceramah. – BERNAMA
Read More

Kedai Facebook-kedai online di dalam facebook sendiri


  Kedai Facebook merupakan aplikasi shopping cart dan checkout yang membolehkan anda mempunyai sebuah kedai online di dalam facebook sendiri. Ianya memudahkan anda dalam melakukan urusniaga di facebook. Ramai di antara kita menjual produk di facebook dengan cara seperti setup fanpage, upload photo ke ruangan photo dan menulis butiran produk serta cara pembayaran di ruangan caption sesuatu photo.

Aplikasi kedai facebook membolehkan pelanggan anda membuat tempahan dengan mudah, hanya pilih produk yang ingin di beli dan add to cart. Anda akan menerima pesanan dengan mudah dan boleh di lihat di ruangan admin yang di sediakan.

Anda boleh lihat dan mempelajarai bagaimana teknik yang di lakukan serta aplikasi yang di gunakan secara percuma.

Bagi mereka yang ingin mendapat lebih informasi iaitu panduan untuk setup kedai facebook, bolehlah memiliki ebook kedai fabebook. Anda akan di ajar secara langkah demi langkah cara-cara untuk membina kedai facebook dengan mudah dan pantas.


Saya telah menilai dan meneliti isi kandungan ebook tersebut dan ianya amat berbaloi untuk di miliki, anda boleh jual produk dropship di Kedai Facebook dengan mudah tanpa anda keluar modal beli produk, tanpa penghantaran dan tanpa simpan stok.

Read More

 

Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com | Free Blogger Templates, Wpthemehub created by The Blog Templates