
Sikap kita memainkan
peranan yang amat penting untuk berjaya. Berdasarkan hasil kajian terhadap
golongan yang berjaya, 85% kejayaan yang dimiliki oleh individu yang berjaya
adalah dipengaruhi oleh sikap, manakala baki 15% lagi adalah dari segi kepakaran
atau teknikal.Jadi sikap yang positif benar-benar memainkan peranan yang positif
untuk berjaya.
Orang
yang berjaya di luar sana sebenarnya bukanlah 100 kali lebih bijak atau 1000
kali lebih bernasib baik daripada kita, tetapi mereka mempunyai 1 sahaja
kelebihan iaitu bersikap positif. Bercakap soal positif ini, kita
selalu ingat bahawa untuk berjaya mesti berfikiran positif. Maka dengan itu kita
cuba memikirkan semua urusan secara positif. Malangnya, semakin difikir secara
positif semakin banyak unsur negatif yang hadir. Di manakah silapnya? Menurut
kata pakar motivasi sebut perkataan yang positif setiap hari, ulangi kata-kata
positif setiap waktu, lakukan pekerjaan dengan cara yang positif. Namun ianya
tidaklah semudah yang diucap. Bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan sikap
positif ini?
1.
Berfikiran Positif Bukan Lakonan.
Berfikiran
positif, bersikap positif berlagak positif bukan boleh dilakonkan. Ia perlu
lahir daripada pemahaman yang betul terhadap keupayaan dan kehebatan minda.
Tiada gunanya berfikir secara positif tetapi jauh di sudut hati masih
ada rasa takut, tidak percaya, tidak yakin, buntu, malas, risau, gelisah,
gundah, kecewa dan sebagainya. Sekiranya perasaan ini masih timbul jauh
di sudut hati, walaubagaimana kita paksa sekali pun, pemikiran positif itu tidak
mampu hadir. Mungkin kita boleh rasakan tetapi begitu sekejap ia datang dan
selebihnya kita masih diselimuti rasa negatif.
2.
Kepentingan Sikap Yakin Diri.
Para pembaca
budiman, untuk berjaya, kita harus memiliki sikap untuk berjaya. Kita mesti
yakin dengan diri kita. Kita mesti percaya dengan diri kita. Bayangkan
andainya kita sendiri tidak mempercayai diri kita, nah, bagaimana kita hendak
mendapatkan kepercayaan orang lain. Pelik bukan. Tuan punya diri tidak
percaya pada dirinya, tetapi mengharapkan agar orang lain memberi kepercayaan
kepada dia. Jadi percaya diri adalah sikap yang paling utama harus dipupuk agar
kita mampu menadapatkan kepercayaan orang lain. Ia penting dalam perniagaan.
Seterusnya sikap yang kita perlu ada atau pupuk adalah sikap tidak putus
asa.
3.
Istiqamah dan Tidak Putus Asa
Setelah kita
mempercayai diri kita, kita perlu teruskan usaha tanpa ada rasa kecewa atau
putus asa. Untuk berjaya, istiqamah amat penting. Sayang seribu kali sayang,
ramai diantara kita yang terlalu rakus dalam mengejar kekayaan. Kekayaan tidak
datang dalam sekelip mata dan ia tidak akan hadir tanpa usaha. Kekayaan segera
hanyalah bersifat sementara waktu. Pembaca mungkin tidak berapa setuju dengan
kenyataan yang saya buat ini. Tetapi percayalah kajian membuktikan kekayaan yang
hadir dalam sekelip mata akan musnah dalam sekelip mata juga.
Usaha yang
berterusan akan mempastikan kejayaan yang berkekalan. Percayalah kejayaan
seperti ini akan melahirkan rasa kepuasan dan keberkatan yang lebih kepada kita.
Fokus pada kerja dan seterusnya lakukan yang terbaik tanpa alasan.
Tingkatkan mutu kerja hari demi hari sehingga pada suatu ketika nanti apabila
kita sedari kita telah pun berada di puncak kejayaan dan kekayaan.
Ketika ini rasa kepuasan dan kesyukuran yang tiada terhingga sahaja yang mampu
kita panjatkan pada Illahi.
4. Suka
Beralasan
Selain daripada
itu, sikap suka memberi alasan juga bakal menutup potensi diri kita. Untuk
berjaya kita sepatutnya tidak boleh memberi apa-apa alasan kecuali berusaha.
Percayalah sekiranya alasan yang kita bina itu lebih kuat daripada kehendak
untuk berjaya, maka kejayaan masih jauh daripada kita. Hari ini pelbagai cara
manusia boleh mencipta kekayaan. Kiosk yang menjual selipar yang kita lihat di
gedung pasaraya di sekitar kita itu mampu memberi pulangan yang lumayan setimpal
dengan gaji seorang ‘senior manager’ kepada pemiliknya. Apa yang
pemiliknya perlu buat hanyalah berusaha dengan memastikan bahawa kedainya
sentiasa terbuka. Begitu juga dengan pendapatan seorang peniaga burger tepi
jalan yang saya kenali, mampu membawa pulang pendapatan bersih antara RM5,000
hingga RM12,000 sebulan. Kunci kejayaannya juga adalah memastikan perniagaan
burgernya sentiasa dibuka.
5. Suka
Pada Kerja
Satu lagi sikap
yang tidak kurang penting bagi memastikan kejayaan adalah sikap suka pada kerja.
Ramai diantara kita yang mempunyai pemahaman bila mereka bosan untuk bekerja
makan gaji mereka mengambil keputusan untuk berniaga. Tahukah anda untuk berjaya
sebenarnya anda mesti suka kepada bekerja. Bila kita ceburkan diri dalam bidang
perniagaan budaya kerja yang cemerlang itu kita hanya perlu pindahkan kepada
perusahaan kita. Barulah kita akan dapat mecetuskan momentum dan seterusnya
menghasilkan produktiviti untuk syarikat kita. Jangan salah faham, dengan
ideologi, “kami menceburi bidang perniagaan kerana dah bosan kerja,
jadi kami ingin berniaga”. Walaupun kita bekerja sendiri tetapi
kita perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan perniagaan
kita.
Lihatlah senario
yang saya kongsikan di atas, untuk berjaya seseorang itu hanya perlu mengubah
sikapnya terlebih dahulu. Aduhai, adakalanya senak jiwa saya bila memikirkan
sikap bangsa yang terlalu banyak memberi alasan dan terlalu banyak bercakap
perkara yang tiada mendatangkan faedah. Pada mereka hanya pendapat mereka
sahajalah yang betul, semua orang lain salah. Namun apa yang mereka buat untuk
kemajuan diri? Kehidupan mereka semakin terhimpit dan kesalahan masih terletak
dibahu orang lain. Manusia begini hanya akan kecewa dengan kehidupan mereka
ketika tiba hari tua.
Hari ini untuk
menjadi kaya bukanlah satu mimpi indah di siang hari lagi, tetapi ianya sudah
mampu di miliki oleh sesiapa sahaja. Anak muda yang mempunyai kesedaran mampu
memandu BMW 5 series dalam usia 28 tahun, dengan berpendapatan RM30,000.00
sebulan. Surirumah juga hari ini mampu meraih pendapatan RM7,000–8,000.00
sebulan. Peniaga burger mampu memiliki pendapatan RM12,000.00 sebulan, dan kita
hanya melihat sambil berkata, “ish ish ish, bilalah aku nak dapat
pendapatan macam tu”, tanpa mahu menukar sikap kita. Kini sudah
tiba masanya untuk kita bangun dan menjadi bangsa yang berjaya. Ubahlah
pemikiran kita dengan mengubah sikap kita, kerana Anda Adalah Apa Yang
Anda Fikirkan.
Mutiara
Kata dari Khalifah Ali Bin Abi Talib:
“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”
“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”
