Showing posts with label Temuduga. Show all posts
Showing posts with label Temuduga. Show all posts

Tips Temuduga Terbaik : Tunjukkan Kewibawaan Anda


Apakah cara terbaik untuk mempamerkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa temuduga?
  • Mesra dan sentiasa tersenyum
Apakah cara terbaik mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga?
  • Tegas dan suara yang kuat
Terangkan mengenai diri anda.
  • Jangan ceritakan mengenai diri / kehidupan seharian anda
  • Berikan ringkasan mengenai latar belakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan lalu adalah sangat membantu dengan permohonan pekerjaan anda.
Apakah kekuatan / kelebihan anda?
  • Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.
Apakah kelemahan anda?  Pilihan untuk menjawab soalan sebegini (jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus atau positif)
  • Saya kadang kala kurang sabar, tetapi ia membuatkan saya bekerja dengan lebih baik.
  • Bila saya memulakan sesuatu projek atau tugasan baru, kadang kala saya lupa makan tengah hari.
  • Disebabkan saya adalah seorang yang sukakan kesempurnaan, kadang kala ia sukar kerana saya rasakan orang lain tidak dapat memberikan yang terbaik seperti mana diri saya.
Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitan dengan pekerjaan anda itu.
  • Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya.
  • Yakinkan penemu duga bahawa tiada kelemahan yang tidak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut.
  • Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurangan / kelemahan, anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.
Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda bekerja?
  • Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti yang lain yang boleh anda lakukan.
Read More

Kedai Facebook-kedai online di dalam facebook sendiri


  Kedai Facebook merupakan aplikasi shopping cart dan checkout yang membolehkan anda mempunyai sebuah kedai online di dalam facebook sendiri. Ianya memudahkan anda dalam melakukan urusniaga di facebook. Ramai di antara kita menjual produk di facebook dengan cara seperti setup fanpage, upload photo ke ruangan photo dan menulis butiran produk serta cara pembayaran di ruangan caption sesuatu photo.

Aplikasi kedai facebook membolehkan pelanggan anda membuat tempahan dengan mudah, hanya pilih produk yang ingin di beli dan add to cart. Anda akan menerima pesanan dengan mudah dan boleh di lihat di ruangan admin yang di sediakan.

Anda boleh lihat dan mempelajarai bagaimana teknik yang di lakukan serta aplikasi yang di gunakan secara percuma.

Bagi mereka yang ingin mendapat lebih informasi iaitu panduan untuk setup kedai facebook, bolehlah memiliki ebook kedai fabebook. Anda akan di ajar secara langkah demi langkah cara-cara untuk membina kedai facebook dengan mudah dan pantas.


Saya telah menilai dan meneliti isi kandungan ebook tersebut dan ianya amat berbaloi untuk di miliki, anda boleh jual produk dropship di Kedai Facebook dengan mudah tanpa anda keluar modal beli produk, tanpa penghantaran dan tanpa simpan stok.

Read More

Jawatan Kosong Pegawai khidmat Pelangan ( JawatanTetap)


PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (TETAP)

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi dan Bandar Ceneh Baharu atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my


JAWATAN KOSONG

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
TARIKH TUTUP : sebelum atau pada 28 FEBRUARI 2011 .
MUAT TURUN : 

Iklan Jawatan Kosong pdf (saiz fail : 90 KB)
Borang Permohonan Jawatan pdf (saiz fail : 1.11 MB)
Read More

Teknik Temuduga dan Tips Temuduga Terperinci


Teknik Temuduga dan Tips Temuduga Terperinci


Tips temuduga dengan menghuraikan teknik temuduga popular masa kini yang digelar, “behavioural interview” dan membincangkan cara menggunakan teknik STAR untuk menjawab soalan temuduga.Dan soalan lazim yang kerap ditanya oleh penemuduga dan apakah jangkaan (expectation) yang boleh dibuat sewaktu dalam situasi temuduga.


Apa itu “behavioural interview”?

Behavioural interview adalah proses temuduga yang memfokuskan “behavioural questions”. Soalan sebegini berkait langsung dengan kriteria pemilihan yang diingini seperti kemahiran berkomunikasi (communication skills), kerjasama berkumpulan (teamwork), fokus pelanggan (customer focus) dan pengurusan masa.

Boleh terangkan dengan lebih lanjut “behavioural questions”?

“Behavioural questions” merujuk kepada pertanyaan yang memerlukan anda untuk memberikan contoh sebenar di masa lampau yang menerangkan sesuatu kelakuan. Ini memerlukan anda untuk menerangkan tugasan yang perlu dilakukan dalam satu situasi, bagaimana anda melaksanakan tugasan tersebut, dan keputusan baik yang anda capai.

Kenapa “behavioural interview” meningkat popular?

* Konsep behavioural interview bermula dengan behavioural questions yang menerangkan situasi kelakuan di masa lampau yang dianggap gambaran terbaik untuk pencapaian masa hadapan.

* Jika terdapat kemahiran dalam satu konteks, kemahiran ini berkemungkinan besar mampu diaplikasikan dalam situasi semasa. Ini meliputi kemahiran melalui minat (interests), aktiviti ko-kurikulum (extra-curricular activities) ataupun bidang kerja yang berkaitan (job experience).

Siapakah kategori majikan yang mempraktikkan “behavioural interview”?

Behavioural interview semakin meningkat popular terutamanya dalam sektor swasta, syarikat multinasional dan bidang kerjaya professional. Kaedah ini juga semakin diguna pakai dalam sektor kerajaan, sektor kesihatan dan pendidikan.

Apakah ciri penting behavioural interview?

Behavioural interview kerapkali dimulakan dengan perenggan seperti berikut:

1. Tell me/us a time when
2. Can you think of a time where…?
3. Describe a situation where…

Apakah contoh “behavioural questions”?

1. Initiative

Give an example of an instance where you had to show initiative.

2. Teamwork

Give an example of when you were let down in a group, and what you did.

3. Time Management

Describe a time where you are under pressure. What strategies did you use to get organized and achieve the required task?

4. Personal Attributes

Give an example of when you persuaded someone over to your point of view. What was the method and what was the outcome?

Bagaimana cara terbaik untuk menjawab soalan berkonsepkan “behavioural questions”?

Teknik STAR adalah satu kaedah berguna yang boleh digunakan untuk menjawab “behavioural questions”. STAR adalah singkatan untuk Situation, Task, Action and Result. Formula ini akan membantu anda untuk kriteria pemilihan kerja yang dinyatakan. Teknik ini menitikberatkan beberapa perkara:

1. Who, when, what, where (give a context)
2. What did you do? (specify goal)
3. How did you do it? (clear strategy)
4. What was the result (outcomes achieved)

Boleh berikan contoh penggunaan teknik STAR dalam temuduga?

Berikut adalah contoh menggunakan teknik STAR.

Question:

Tell me about a specific time that shows you are willing to learn.

Answer:

When I was in university I made a big decision to become a member of Toastmaster, a famous world public speaking club to improve my communication skills because I knew I was just not good in English (S). This club always had weekly meetings where we presented short speech to improve our communication skills (T). For my first meeting, I chose the topic “My Dream”. I know this sounds lame, but what I really wanted to convey was truly from my heart and I believed everyone has their own dreams. I made sure I had a clear beginning, middle and end. Although I was nervous, I maintained eye contact with my audience, spoke without notes and finished right on the five-minute limit (A). The feedback I received was encouraging; this was one of the bravest things I did in my life. Speaking in front of large crowd wasn’t an easy thing. But, I showed I’m willing to learn and improve myself. Since then, I started giving speeches and I am more confident with myself now (R).

Bagaimanakah kaedah menjawab STAR untuk temuduga boleh dilatih?

Untuk mempraktikkan kaedah STAR, anda perlu membuat senarai kriteria pemilihan yang dikehendaki dan senaraikan contoh situasi dan pencapaian untuk setiap kriteria. Contohnya:

Criterion: Initiative

Example: suggesting an alternative assignment topic

Criterion: Adding value

Example: Joining a club and manage a program

Criterion: Making a Contribution

Example: Voluntary work with a local charity

Criterion: Time Management

Example: Managing full time studies and part time work

Apakah contoh soalan temuduga lazim masa kini?

1. What are your weak spots?

Lame Answer:

I am a perfectionist. It bothers me sometime but I do good works.

Sample answer:

I am a talkative person, to some extent it is too much but I did not realise it, until my best friend told me. It was a shock to me, but, since then, I tried to make sure I speak as per needed. Even though this is hard to do because I am not aware of my own talking, but I still try. I started to think before I say anything. It is getting better now.

2. Why do you think we should hire you?

Lame Answer:

I am an excellent person, I have good result, went to a good university, I have all the criteria you need for this position.

Sample Answer:

I always believe this company has the direction and vision that I have. I am confident that I can pursue my dream to be a successful architect in green architecture by joining this firm. Not only this will fulfill my dream to be a professional architect and design interesting buildings in the future, I can also contribute to the sustainability of the environment. The fact that this firm and I share the same goal shows that I would be passionate to learn and work in this company, and because of that you should hire me.

Apakah yang perlu dititik beratkan sewaktu temuduga?

1. Jangan khuatir jika anda tidak dapat menjawab soalan dengan segera, sebaliknya ambil masa untuk memahami soalan. 1 minit mungkin cukup. Mengambil sedikit masa menjawab soalan dengan tepat lebih baik daripada menjawab dengan pantas tetapi tidak menepati kehendak soalan.

2. Berjaga-jaga dengan soalan yang mempunyai beberapa soalan dalam satu-satu masa. Contohnya:

‘Tell me about a difficult problem you have solved. What was the situation, how did you solve the problem and what was the result?’

Soalan ini mengandungi empat soalan utama. Pastikan anda menjawab semua aspek soalan yang ditanyakan.

3. Jangan menipu. Berkata yang anda tidak tahu lebih baik daripada mereka cerita. Ini mampu menunjukkan yang anda seorang yang jujur.

4. Bersedia untuk mendapat soalan berunsur negatif seperti:

“What were failures or conflicts you’ve experienced?”

Jangan melihat soalan sebegini daripada sudut peribadi. Organisasi selalu mahukan jawapan samada calon bersedia untuk belajar dan memperbaiki diri. Perkara ini sangat penting dalam struktur organisasi semasa yang memerlukan pekerja yang cekap dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Nota Kaki: Tips diadaptasi menerusi sesi kerjaya daripada sebuah institusi pendidikan terkenal di Sydney menerusi seorang pakar kerjaya yang mempunyai bertahun pengalaman menemuduga calon. Tips temuduga ini akan berguna jika anda sedang berusaha mencari pekerjaan. Percayalah, sektor pekerjaan sekarang semakin sengit dan setiap calon perlulah bersedia untuk membezakan diri mereka. Jika anda masih belajar, jangan ingat tips ini tak akan membantu.



Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Read More

 

Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com | Free Blogger Templates, Wpthemehub created by The Blog Templates