
Artikel kali ini berkaitan dengan langkah diet yang bijak memandangkan ramai juga kawan yang suruh buat artikel berkaitan diet dan bab2 kurus ni. So, xnak menghampakan kawan2, meh saya senaraikan langkah diet yang bijak:
1. Kawal nafsu makan anda
* Sesekali nafsu makan itu muncul, memang susah nak kawal diri. Ibarat saya sendiri. Tapi tak selalu la. Apa yang patut anda lakukan adalah dengan makan mengikut kadar waktu yang sesuai iaitu, pagi=sarapan saja, tengah hari=makan, petang kira2 kol 4 lebih cmtu=minum dan makan makanan ringan saja manakala makan malam adalah seeloknya jangan lebih jam 10 malam.
2. Tingkatkan tahap keaktifan
* Tingkatkan keaktifan anda tidak semestinya dengan jogging atau bersenam di gym saja. Yang penting adalah anda tingkatkan aktiviti fizikal untuk bakar lebih kalori contohnya seperti pergi parking kereta anda lebih jauh daripada destinasi ka, gunakan tangga daripada menggunakan lif ka, ataupun sebagainya yang berkaitan.
3. Ketahui Keperluan Kalori
* Ini penting jika anda rajin, bandingkan keperluan kalori dengan pemakanan kalori seharian anda. Contohnya, berapa kalori yang diperlukan oleh seseorang wanita kerja pejabat dengan wanita kerja berat. Kandungan kalori boleh dilihat pada pembalut makanan ataupun… cari kat google. icon razz 9 Tips Diet Bijak Dari Doktor Pakar Diet
4. Jangan ‘skip meals’
* Ramai ingat bahawa anda perlu skip meals seperti elakkan sarapan pagi dan melaparkan diri untuk kurangkan berat badan. Ini salah! Dengan cara ini anda hanya menurunkan metabolisma badan. Panduan terbaik adalah makan pada waktu yang tetap dan minum 2-3 jam sebelum tdo.
5. Pil diet?
* Memang ia berkesan tetapi tidak jika anda tidak gabungkan penggunaannya dengan makanan yang terkawal. Dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu kerana ia mungkin akan memudaratkan kesihatan anda.
6. Senaman!
* Sekiranya anda memilih untuk kawal pemakanan agar tampil menawan, anda sebenarnya silap! Senaman memang penting dalam mengekalkan kesihatan dan stamina badan. Jadi, cuba peruntukan sekurang2nya 30 minit untuk berjoging.
7. Kualiti makanan
* Elakkan makan makanan yang tidak elok dan tidak perlu. Kadang2 kita ambil makan atau minuman yang sepatutnya kita tidak perlukan sangat. Tetapi oleh kerana itu sahaja yang ada, maka kita teruskan mengambilnya tanpa berfikir terlebih dahulu. Lupakan makanan segera dan makanan ringan yang tinggi kalorinya serta minuman berkabonat. Banyakkan makan buah buahan seperti epal hijau dan pisang.
8. Timbang berat badan seminggu sekali
* Ini penting bagi memastikan anda mampu melihat perkembangan berat badan anda pada tiap2 minggu serta menetapkan sasaran berat badan ideal yang anda inginkan untuk minggu kemudian. Jangan lupa bawa mesin penimbang anda kemana saja anda pergi. icon lol 9 Tips Diet Bijak Dari Doktor Pakar Diet
9. Sentiasa berfikiran POSITIF
* Sentiasa berfikiran positif sepanjang usaha anda ingin menurunkan berat badan. Paling tidak, wujudkan rasa bangga dengan usaha anda itu. Sebenarnya anda tidak perlukan perubahan drastic tetapi yang penting adalah kesabaran, keyakinan dan teruskan usaha walaupun kesannya perlahan.