Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Sikap Mempengaruhi Kejayaan Hidup Kita



Sikap kita memainkan peranan yang amat penting untuk berjaya. Berdasarkan hasil kajian terhadap golongan yang berjaya, 85% kejayaan yang dimiliki oleh individu yang berjaya adalah dipengaruhi oleh sikap, manakala baki 15% lagi adalah dari segi kepakaran atau teknikal.Jadi sikap yang positif benar-benar memainkan peranan yang positif untuk berjaya.

Orang yang berjaya di luar sana sebenarnya bukanlah 100 kali lebih bijak atau 1000 kali lebih bernasib baik daripada kita, tetapi mereka mempunyai 1 sahaja kelebihan iaitu bersikap positif. Bercakap soal positif ini, kita selalu ingat bahawa untuk berjaya mesti berfikiran positif. Maka dengan itu kita cuba memikirkan semua urusan secara positif. Malangnya, semakin difikir secara positif semakin banyak unsur negatif yang hadir. Di manakah silapnya? Menurut kata pakar motivasi sebut perkataan yang positif setiap hari, ulangi kata-kata positif setiap waktu, lakukan pekerjaan dengan cara yang positif. Namun ianya tidaklah semudah yang diucap. Bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan sikap positif ini?   

1. Berfikiran Positif Bukan Lakonan.


Berfikiran positif, bersikap positif berlagak positif bukan boleh dilakonkan. Ia perlu lahir daripada pemahaman yang betul terhadap keupayaan dan kehebatan minda. Tiada gunanya berfikir secara positif tetapi jauh di sudut hati masih ada rasa takut, tidak percaya, tidak yakin, buntu, malas, risau, gelisah, gundah, kecewa dan sebagainya. Sekiranya perasaan ini masih timbul jauh di sudut hati, walaubagaimana kita paksa sekali pun, pemikiran positif itu tidak mampu hadir. Mungkin kita boleh rasakan tetapi begitu sekejap ia datang dan selebihnya kita masih diselimuti rasa negatif.

2. Kepentingan Sikap Yakin Diri.
Para pembaca budiman, untuk berjaya, kita harus memiliki sikap untuk berjaya. Kita mesti yakin dengan diri kita. Kita mesti percaya dengan diri kita. Bayangkan andainya kita sendiri tidak mempercayai diri kita, nah, bagaimana kita hendak mendapatkan kepercayaan orang lain. Pelik bukan. Tuan punya diri tidak percaya pada dirinya, tetapi mengharapkan agar orang lain memberi kepercayaan kepada dia. Jadi percaya diri adalah sikap yang paling utama harus dipupuk agar kita mampu menadapatkan kepercayaan orang lain. Ia penting dalam perniagaan. Seterusnya sikap yang kita perlu ada atau pupuk adalah sikap tidak putus asa.


3. Istiqamah dan Tidak Putus Asa
…  janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah… (al-Zumar: 53)
Setelah kita mempercayai diri kita, kita perlu teruskan usaha tanpa ada rasa kecewa atau putus asa. Untuk berjaya, istiqamah amat penting. Sayang seribu kali sayang, ramai diantara kita yang terlalu rakus dalam mengejar kekayaan. Kekayaan tidak datang dalam sekelip mata dan ia tidak akan hadir tanpa usaha. Kekayaan segera hanyalah bersifat sementara waktu. Pembaca mungkin tidak berapa setuju dengan kenyataan yang saya buat ini. Tetapi percayalah kajian membuktikan kekayaan yang hadir dalam sekelip mata akan musnah dalam sekelip mata juga.

Usaha yang berterusan akan mempastikan kejayaan yang berkekalan. Percayalah kejayaan seperti ini akan melahirkan rasa kepuasan dan keberkatan yang lebih kepada kita. Fokus pada kerja dan seterusnya lakukan yang terbaik tanpa alasan. Tingkatkan mutu kerja hari demi hari sehingga pada suatu ketika nanti apabila kita sedari kita telah pun berada di puncak kejayaan dan kekayaan. Ketika ini rasa kepuasan dan kesyukuran yang tiada terhingga sahaja yang mampu kita panjatkan pada Illahi.


4. Suka Beralasan
Selain daripada itu, sikap suka memberi alasan juga bakal menutup potensi diri kita. Untuk berjaya kita sepatutnya tidak boleh memberi apa-apa alasan kecuali berusaha. Percayalah sekiranya alasan yang kita bina itu lebih kuat daripada kehendak untuk berjaya, maka kejayaan masih jauh daripada kita. Hari ini pelbagai cara manusia boleh mencipta kekayaan. Kiosk yang menjual selipar yang kita lihat di gedung pasaraya di sekitar kita itu mampu memberi pulangan yang lumayan setimpal dengan gaji seorang ‘senior manager’ kepada pemiliknya. Apa yang pemiliknya perlu buat hanyalah berusaha dengan memastikan bahawa kedainya sentiasa terbuka. Begitu juga dengan pendapatan seorang peniaga burger tepi jalan yang saya kenali, mampu membawa pulang pendapatan bersih antara RM5,000 hingga RM12,000 sebulan. Kunci kejayaannya juga adalah memastikan perniagaan burgernya sentiasa dibuka.


5. Suka Pada Kerja
Satu lagi sikap yang tidak kurang penting bagi memastikan kejayaan adalah sikap suka pada kerja. Ramai diantara kita yang mempunyai pemahaman bila mereka bosan untuk bekerja makan gaji mereka mengambil keputusan untuk berniaga. Tahukah anda untuk berjaya sebenarnya anda mesti suka kepada bekerja. Bila kita ceburkan diri dalam bidang perniagaan budaya kerja yang cemerlang itu kita hanya perlu pindahkan kepada perusahaan kita. Barulah kita akan dapat mecetuskan momentum dan seterusnya menghasilkan produktiviti untuk syarikat kita. Jangan salah faham, dengan ideologi, “kami menceburi bidang perniagaan kerana dah bosan kerja, jadi kami ingin berniaga”. Walaupun kita bekerja sendiri tetapi kita perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan perniagaan kita.

Lihatlah senario yang saya kongsikan di atas, untuk berjaya seseorang itu hanya perlu mengubah sikapnya terlebih dahulu. Aduhai, adakalanya senak jiwa saya bila memikirkan sikap bangsa yang terlalu banyak memberi alasan dan terlalu banyak bercakap perkara yang tiada mendatangkan faedah. Pada mereka hanya pendapat mereka sahajalah yang betul, semua orang lain salah. Namun apa yang mereka buat untuk kemajuan diri? Kehidupan mereka semakin terhimpit dan kesalahan masih terletak dibahu orang lain. Manusia begini hanya akan kecewa dengan kehidupan mereka ketika tiba hari tua.

Hari ini untuk menjadi kaya bukanlah satu mimpi indah di siang hari lagi, tetapi ianya sudah mampu di miliki oleh sesiapa sahaja. Anak muda yang mempunyai kesedaran mampu memandu BMW 5 series dalam usia 28 tahun, dengan berpendapatan RM30,000.00 sebulan. Surirumah juga hari ini mampu meraih pendapatan RM7,000–8,000.00 sebulan. Peniaga burger mampu memiliki pendapatan RM12,000.00 sebulan, dan kita hanya melihat sambil berkata, “ish ish ish, bilalah aku nak dapat pendapatan macam tu”, tanpa mahu menukar sikap kita. Kini sudah tiba masanya untuk kita bangun dan menjadi bangsa yang berjaya. Ubahlah pemikiran kita dengan mengubah sikap kita, kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.


Mutiara Kata dari Khalifah Ali Bin Abi Talib:
“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”
Read More

Tips Temuduga Terbaik : Tunjukkan Kewibawaan Anda


Apakah cara terbaik untuk mempamerkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa temuduga?
  • Mesra dan sentiasa tersenyum
Apakah cara terbaik mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga?
  • Tegas dan suara yang kuat
Terangkan mengenai diri anda.
  • Jangan ceritakan mengenai diri / kehidupan seharian anda
  • Berikan ringkasan mengenai latar belakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan lalu adalah sangat membantu dengan permohonan pekerjaan anda.
Apakah kekuatan / kelebihan anda?
  • Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.
Apakah kelemahan anda?  Pilihan untuk menjawab soalan sebegini (jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus atau positif)
  • Saya kadang kala kurang sabar, tetapi ia membuatkan saya bekerja dengan lebih baik.
  • Bila saya memulakan sesuatu projek atau tugasan baru, kadang kala saya lupa makan tengah hari.
  • Disebabkan saya adalah seorang yang sukakan kesempurnaan, kadang kala ia sukar kerana saya rasakan orang lain tidak dapat memberikan yang terbaik seperti mana diri saya.
Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitan dengan pekerjaan anda itu.
  • Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya.
  • Yakinkan penemu duga bahawa tiada kelemahan yang tidak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut.
  • Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurangan / kelemahan, anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.
Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda bekerja?
  • Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti yang lain yang boleh anda lakukan.
Read More

World Blogger and Social Media Summit 15 jun 2011



KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Satu persidangan blogger sedunia akan diadakan di sini bulan depan yang mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang penulis blog dijemput untuk menyampaikan ucaptama.

World Blogger and Social Media Summit 2011 itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari mulai 15 Jun.

Kemunculan Dr Mahathir adalah antara agenda utama yang disusun pada perhimpunan bloger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lepas.

Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (My Events) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Shahrul Hameed Dawood berkata acara tersebut juga akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelakkan berlaku kontroversi.

Beliau berkata perkara itu diberi penekanan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penulis blog adalah bebas menyuarakan pandangan masing-masing tetapi perlu ada garisan yang mengawal kebebasan itu agar ia tidak melampaui batas.

“Kita juga akan membantu penulis blog muda dalam mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

“Kita sudah menerima banyak permohonan dari pelbagai negara untuk menyertai perhimpunan kali ini dan kita menjangkakan penulis blog dari hampir seluruh dunia akan hadir,” kata Shahrul Hameed.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes turut diundang untuk menyampaikan ceramah. – BERNAMA
Read More

Seni Melambatkan Pancutan.Hot Ebook 2011




Di sini saya sertakan secara detail, apa yang terkandung di dalam e-book “panas” ini:
* Teknik Minda yang akan memastikan “batang” anda akan bertahan lebih lama daripada biasa (kebanyakan orang biasa bertahan selama 15 minit – anda mampu capai 40 minit jika kena pada caranya. Muka surat 6.
* Tahukah anda bahawa cara pernafasan anda boleh memberi kesan kepada ketahanan anda? Lihat muka surat 9 untuk penjelasan lanjut. Jawapannya akan mengejutkan anda.
* Apa yang anda perlu buat kepada isteri anda untuk memastikan dia menggeliat kesedapan bersama anda.
* 3 kawasan sensitif isteri anda yang anda boleh sentuh untuk hubungan intim yang lebih “hot”. Amaran: anda akan menyebabkannya klimaks dengan lebih cepat dan berterima kasih kepada anda!
* Satu kawasan yang akan memastikan si dia memeluk anda kesedapan dan cakap, “I love you” kepada anda – betul tempat ini, anda akan tersenyum melihat kegagahan anda.
* Teknik kuno daripada China yang akan memastikan anda lambat pancut. Teknik ini selalu orang terlepas pandang. Muka surat 15.
* Tempat yang anda boleh suruh isteri anda lakukan sesuatu untuk mendapatkan nikmat yang lebih mendalam.
* 8 posisi seks, dan bagaimana anda boleh menggunakan maklumat ini untuk memastikan kepuasan maksima!
* 10 petua mudah untuk meningkatan prestasi zakar anda! Cukup mudah, tetapi amat hebat kesannya. Muka surat 39.
* Bonus: Bagaimana untuk memanjangkan  zakar anda.
* Nak buah dada pasangan anda lebih besar, caranya mudah sahaja – lihat muka surat 35.
* Apa yang anda tidak patut buat apabila terfikir untuk memakan pil viagra (anda boleh diancam bahaya jika tersalah makan! Muka surat 37)
Anda mungkin dah faham sekarang kenapa e-book ini menjadi pilihan orang ramai untuk membelinya. Ianya penuh dengan tip-tip praktikal yang anda boleh bawa ke katil beberapa minit selepas membacanya!
Rahsia yang didedahkan juga boleh menyebabkan perubahan dramatik dalam hidup anda pada setiap tahap. Bukan sahaja dalam permainan anda dengan pasangan anda, tetapi juga cara anda berfikir, melakukan dan rasa tentang seks itu sendiri – dan yang paling penting, anda mempunyai peluang yang lebih hebat daripada lelaki lain untuk menikmati apa lelaki lain hanya idam-idamkan… iaitu…
.. Cara Yang Terjamin Untuk Mengalami Perasaan Yang Lebih Dalam Dan Lebih Hebat… Dan Kenikmatan Yang Asli Dengan Pasangan Anda!

Testimoni 1
“Saya sering ditanya oleh pelawat laman web info batin. Rata-rata mempunyai masalah pancutan pra matang. Sebenarnya dengan ilmu batin penuh di dada mampu mengatasi masalah pancutan pra matang. Ebook Seni Melambatkan Pancutan sudah cukup dan mampu mengatasi masalah tersebut sekiranya ia benar-benar di praktikkan dan diamalkan.
Isi kandungan ebook tersebut juga jelas disertai dengan gambarajah dan penerangan yang mudah difahami. Jika malu bertanya dan bimbang diketahui rakan bahawa kita sering kalah di ranjang, maka inilah jawapannya. Miliki dan praktikan ilmu dalam ebook ini sekarang
- Sham

Testimoni 2
Saya telah mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun. Pada awal perkahwinan, memang ada sedikit pra-matang…orang baru kahwinlah katakan he he he… Walau bagaimana pun perkara tersebut dapat saya atasi dlm masa yg singkat. Bagaimana cara saya mengatasinya?
Hmmm… membaca ebook ini seolah-olah menceritakan keadaan masa saya awal-awal berkahwin dulu…Alhamdulillah saya tidak lagi menghadapi masalah ini. Ada 6 cara melambatkan pancutan…4 cara sahaja sudah cukup utk saya bertahan purata 40 minit…
dan saya akan cuba 2 lagi cara yg belum saya praktikan.
Oh ya,dlm ebook ini juga ditunjukkan 8 posisi yg praktikal..kerana kalau anda dapat bertahan 40 minit..tak syoklah kalau cuma guna satu posisi sahaja…kepelbagaian posisi akan menjadikan aktiviti seks anda lebih ceria… dan anda tidak sabar utk menunggu “jadual” seterusnya…
- Mr X

Bukankah seronok kalau pasangan anda kata, “eh, abang lainlah hari ini” atau berkata “kuatnya abang hari ini”?. Jika itu yang anda mahukan, e-book ini seharusnya menjadi milik anda. Ianya pendek, padat dan hanya mempunyai 39 muka surat. Ianya penuh dengan tip-tip praktikal yang anda boleh lakukan bersama si dia dan yang pasti, salah satu teknik ini akan menyebabkan si dia klimaks dengan lebih hebat.

Klik disini untuk mendapatkannya sekarang
Read More

Definisi Persandingan menurut Islam


Meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan 


Antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah

Ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama:
Persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua:
Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.


4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan 


Beras kunyit yang memberi semangat kepada pengantin?

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: 

Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik–bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee hip, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: 

Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: 

Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj):


Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33) 

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: 


Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra’: 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: 


Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)


7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal:

Ini adalah sunah Rasul yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi) Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:


7.1.Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat

7.2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Read More

 

Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com | Free Blogger Templates, Wpthemehub created by The Blog Templates