
1. Sales letter
Inilah yang paling utama ‘pujuk rayu’ yang bisa melembut hati para pembeli. Permainan emosi untuk menimbulkan rasa keinginan untuk membeli amatlah hebat sekali. Boleh buat ‘survey’ mereka yang pernah membeli ebook (termasuk saya), inilah perkara atau alat yang sangat menambat keinginan untuk membeli. Hari ini video turut digunakan menambahkan lagi efek perasaan kepada pembeli.
2. Hadiah bonus
Tawaran bonus yang begitu ‘melimpah-ruah’ umpama ‘rasuah’ juga sukar untuk dielakkan oleh pembeli-pembeli ebook. Tawaran yang tak munasabah dan tak masuk akan (kerana banyak tetapi diberi harga murah) menjerat para pembeli sehingga tidak mampu menolak tawaran hebat begini.
3. Pra-pelancaran
Strategi pemasaran ini sangat baik untuk memperkenalkan produk di kalangan bakal pembeli. Namun strategi ini ada bahayanya juga. Kadang-kadang pra-pelancaran boleh menenggelamkan produk sebenar sehingga produk sebenar tidak mendapat sambutan yang diharapkan.
4. Jaminan pulangan wang
Jaminan ini menambah keyakinan kepada pembeli sebab mereka boleh mengembalikan produk sekiranya tidak berpuas hati dengan produk yang diberikan. Namun sering juga berlaku konflik apabila pembeli meminta wang dikembalikan. Adalah sukar untuk menentukan sama ada mereka betul-betul tidak berpuas hati atau sekadar ingin mengambil kesempatan.
5. Nama penulis
Tidak dinafikan, nama penulis pun merupakan punca ebooknya laku. Mereka yang telah ada nama adalah lebih mudah menjual ebook mereka berbanding mereka yang baru mencuba.
Pro dan kontra memang sering diperdebat terhadap perniagaan ebook. Namun begitu pro dan kontra ini tidak menghalang pembeli daripada terus membeli ebook. Gunakan 5 faktor ini insyallah ebook anda pun boleh laku juga. Sumber:alihanafiah.com